Aku, Ibu dan diari merah
7 Januari 2008
Ku termenung kembali ke luar tingkap. Gelap gelita. Sunyi sepi. Hanya kadang-kala terdengar desiran angin. Tiada kata yang terucap dari bibirku. Hanya air mata yang saban hari menjadi penemanku di bumi asing ini yang terus berbicara. Ku hela nafas panjang. Ku seka air mata. “Ya Allah, Ifa, kuatkan hatimu..”monologku sendirian. Pantas ku capai diari dan terus ku luahkan perasaanku menerusi bait-bait puisi. Terus ku peluk diari merah itu. Diari usang 1981. Ikatan pertama aku dan ibuku.
* * *
* * *
24 Mei 2003
“Ifa, nanti lepas sekolah balik ngan mak ye.Tak payah naik bas.Beg besar kan,”
ajak ibuku yang hanya ku balas dengan anggukan.
Sepanjang perjalanan pulang ibuku terus berbicara mengenai rancangan masa depanku. Harapannya. Namun, sepatah kata pun tidak terlahir dari bibirku. Seperti biasa aku dengan dunia ku sendiri. Terasa begitu janggal bila hanya berdua dengan ibuku. Memang hubungan kami begini dari dulu lagi. Tiada mungkin kan berubah. Itulah kata hatiku.
“Kak Ifa!!”
Kepulanganku disambut riang adikku,Azim. Senyumanku terukir. Aku terus mengangkat beg dan berlari ke dalam rumah. Rindu terubat apabila berjumpa adikku. Petang nanti, adik-adikku yang lain juga akan pulang dari asrama. Aku mula membuat rancangan untuk aktiviti waktu cuti. Inginku luangkan masa sepenuhnya untuk adik-adikku. Merekalah tempat ku bermanja.Tak ku sangka kakak ku jua akan pulang bercuti. Setahu aku, dia perlu menghadiri kursus untuk SPM yang bakal menjelang. Aku cuma berharap pertemuan singkat kami dalam cuti ini takkan berakhir dengan pertengkaran lagi.
Kepulanganku disambut riang adikku,Azim. Senyumanku terukir. Aku terus mengangkat beg dan berlari ke dalam rumah. Rindu terubat apabila berjumpa adikku. Petang nanti, adik-adikku yang lain juga akan pulang dari asrama. Aku mula membuat rancangan untuk aktiviti waktu cuti. Inginku luangkan masa sepenuhnya untuk adik-adikku. Merekalah tempat ku bermanja.Tak ku sangka kakak ku jua akan pulang bercuti. Setahu aku, dia perlu menghadiri kursus untuk SPM yang bakal menjelang. Aku cuma berharap pertemuan singkat kami dalam cuti ini takkan berakhir dengan pertengkaran lagi.
Malam itu kami berlapan makan bersama. Gelak tawa mewarnai suasana. Masing-masing sibuk menceritakan kisah masing-masing. Entah siapa yang bercakap,entah siapa yang mendengar, aku pun tidak pasti. Tapi aku rindu suasana itu. Kadang kala bersua muka, pasti banyak mahu diceritakan.
Tiba-tiba ibuku yang selalunya hanya mendengar bersuara , “Ifa, markah add-math dah turun. Kenapa dapat B ja? Nak malukan mak ke? Ifa kena ingat,Ifa bawa nama mak kat sekolah tu.”Aku terpana. Yang lain terus diam membisu. Cuba kusuapkan butir-butir nasi walau terasa amat payah. “Ina, mak dengar Ina punya markah add-math dah naik ye. Takpela dapat C. Usaha pelan-pelan. Nanti bolehla dapat A. Yang penting peningkatan. Nanti mak belanja KFC,” sambung mak. Praaangg..Berkecai pinggan nasiku natijah dihempap. Ku terus berlari ke atas dan menutup pintu sekuat-kuat hati. Ku jatuhkan badan ke atas tilam. Namun, tidak menitis walau setitis air mata. Tidak akan ku biarkan air mata ini jatuh. Keegoanku terlalu tinggi.
* * *
* * *
1 Mei 2001
“Kak Ifa, bangun. Tok wan dah tak dak kat dunia. Tok wan dah meninggal,”aku yang mula-mulanya mamai terus segar. Tiada kata yang mampu ku luahkan. Cuma langkah aku cepatkan ke pejabat warden dan memohon kebenaran pulang bermalam. Sepanjang perjalanan, bibirku terus menghadiahkan surah Yaasin buat arwah Tokwan. Namun, buat pertama kali jugalah sejak aku bergelar remaja aku membiarkan air mataku mengalir. Setibanya aku di kampung, Tok terus menyambutku dan mententeramkanku. Semua di situ mengerti betapa pentingnya Tokwan kepadaku. Dialah satu-satunya orang yang ku rasa begitu tulus menyayangiku. Kain batik lepas yang menutupi wajahnya kubuka.
Gelap.
Rebah aku menyembah bumi. Terlalu berat untuk ku terima pemergianmu. Aku mengerti, kau juga manusia yang akan mati. Namun, aku belum bersedia. Aku tiada siapa lagi di dunia. Sepanjang pengurusan jenazah arwah Tokwan, aku susuli. Kukucup dahimu buat kali terakhir. Ku cuba pasrahkan hati. Ayahku menarikku ke dalam dakapannya. Inilah ku rasa kali pertama aku merasa belaian seorang ayah. Aku biarkan saja.
* * *
* * *
Zaman kanak-kanakku Terlalu hitam masa silamku. Sukar untuk dicoretkan dengan kata-kata. Mungkin kerana kurang perhatian aku mula menjadi degil. Terlalu degil dan keras hati. Segala apa yang ku lakukan semata-mata menyakitkan hati kedua orang tuaku. Dari memukul teman di sekolah hingga memecahkan pinggan mangkuk sesuka hati.
“Pukul la lagi. Tak sakit pun. Pukul la lagi,” itulah ucapan yang sering ku ucapkan untuk membakar bara marah ibu dan ayahku.
Bila marah mula menguasai, maka akal pasti tunduk kalah. Aku akan dipukul sehingga sesak nafas. Namun, sekalipun aku tidak pernah menangis. Bagiku tangisan itu hanya menunjukkan kelemahanku. Kerna kurang perhatian dari ibu bapalah aku menghargai adik-adikku. Tidak pernah ku biarkan walau satu cubitan hinggap ke badan mereka. Aku akan mengaku bahawa setiap kesalahan mereka berpunca dariku. Akhirnya berbirat dan kadangkala menitis merah darah dari belakang badanku yang kecil. Namun tidak pernah terasa sakit itu kerana pasti ada tangan adik-adikku yang akan datang dan menyapu minyak. Betapa aku sayang adik-adikku. Zaman remajaku Aku terkenal sebagai seorang yang periang namun kasar. Kadang kala menyerupai lelaki. Panas baran.
Namun,segalanya berubah selepas pemergian arwah Tokwan. Masih segar kata-katanya pada perbualan terakhir kami. “Ifa, Ifa lembut sebenarnya. Tak payah pura-pura jadi lelaki. Ifa kuat walau Ifa perempuan. Tak salah jadi lembut. Ifa, lagi satu. Ifa dah besar. Kena belajar kawal marah tu. Nanti orang tak nak dekat. Ifa kankan?” ku renung dalam anak matanya. Sayang Tokwan. Ifa boleh buat.
Tokwan berbicara lagi, “Tokwan teringin Ifa jadi doktor. Ifa boleh rawat Tokwan bila Tokwan sakit macam sekarang ni.” Aku hanya tersenyum. Sejak itu,aku mula berubah. Mula belajar mengawal marah. Mula belajar erti kelembutan. Perjalanan menjadi mudah bila punya teman di sisi yang senantiasa ringan menghulurkan bantuan. Tidak terdengar lagi tempikanku. Dan aku mula dikenali sebagai gadis yang ayu. Namun, aku masih aku. Hubungan aku dan ibuku masih renggang. Aku masih tidak membenarkan air mata tumpah ke bumi. Egoku masih melangit. Entah bila bisa ku robohkan.
* * *
* * *
23 September 2007
Aku sedang mengemas baju-baju untuk ku bawa ke bumi asing itu. Aku akan meneruskan pelajaran ke negara orang dalam bidang perubatan. Akan cuba kulunaskan impianmu, Tokwan. Kotak memoriku mula memainkan tayangan setiap peristiwa yang bakal jauh dariku. Pintu bilikku dikuak dari luar. Lamunanku terhenti. Ibuku datang dengan membawa diari merah usangnya. Ku kenal diari itu. Diari milik dia tika bergelar pelajar di perantauan dulu. Juga diari yang menyimpan rahsia kisah pertemuan ibu dan ayahku. Namun, aku masih membisu. Cuma pandanganku berkata-kata dengan mengikut setiap pergerakannya. Akhirnya ibuku bersimpuh di sisiku. Diari merah itu diselitkan ke dalam beg bajuku. “Jaga diri di negara orang. Ifa masih anak mak. Luahkan perasaan Ifa dalam diari tu,”katanya ringkas lalu terus bangun dan keluar dari bilik. Aku terkesima dengan rasa yang aku sendiri tak mengerti.
* * *
* * *
7 Januari 2008
Ku pandang lagi takwim tahun ini. 6 bulan lagi aku akan kembali ke tanah airku untuk cuti summer. Aku terus memeluk erat diari itu. Aku bertekad untuk menurunkan egoku dan berusaha untuk memperbaiki hubungan aku dan ibuku. Ku baca berulang kali SMS yang ku taip. 'Ifa sayang mak.' Lalu kutekan butang ‘send’. Ku pejam mataku. Moga sinar kebahagiaan menanti kami di sana.
.........................................................................................................................................................................
PENGAJARANNYA:
hargailah jasa ibubapa dan sayangilah mereka dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya keredaan allah terletak di keredaan ibubapa
dipetik dari:
iluvislam.com
-pikah-
No comments:
Post a Comment