Saturday, October 31

Mesti IKUT....

Memandangkan korang asyik gaduh pasal benda entah apa2... Ana nak buat peraturan SIKIT je.. Ana harap korang dapat mematuhi peraturan ini.. Bukannya ape.. tapi untuk mengharmoikan sikit blog ni..

Antara peraturan yang korang kena ikut..

1. Tulis nama betul kat cbox. - Kalau nak guna nama samaran.. inform dulu sape korang.
2. Tak boleh mencarut. - korang tak boleh mencarut walau apa pun cara korang untuk mencarut.
3. Tak boleh kutuk orang b'lebih2an. - kalau korang buat gurau2 boleh, tapi jangan la lebih2.. Sebaik2nya tak yah la nak kutuk2 orang.

Sikit je kan.... Peraturan akan ditambah mengikut tingkah laku korang kat blog ni..
Kalo ana ade tersilap cakap apa2.. ana mintak maaf..

~sakunaz~

Thursday, October 29

SELAMAT MENJAWAB PEREKSA! =)
Jangan meniru ye! :)
sm :)

Wednesday, October 28

ILMU IKHLAS

“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

Saturday, October 24

igt tu!!!pekse penggal 2 dh nk dekat..same2lah kite berdoa agar berjaya dalam peperiksaan akn dtg..dan juga berjaya di akhirat...
huhuhu =)

-admin, smiley-
Sempena musim periksa ni gue ade satu lagu untuk lurang(lu+orang)...

tengok jgn tak tengok...


Disebabkan ramai peminat yang mintak doa die aku bagi ni:
اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلاً، وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلاً
maksudnya:Ya Allah tiada kesenangan melainkan kau menyenagkannya, dan kau boleh menyenangkan yang susah jika kau mahu.

Dari Abu Hurairah: Nabi Muhamad bersabda "Sesiapa yang mengacukan pedang dan sesiapa yang menipu bukan diantara kami".(R. Muslim , Ibn Majah , Ahmad). Pengajarannya jgn mengacukan pedang dan menipu waktu perikse.

Ni ialah sebuah skolah kt Kuwait gue harap bleh skolah kt sini.
aku rase cekgu dlm vid ni mcm ustaz razek je.cube dgr suare die(entah-entah....)
Gue harap lurang (lu+orang) jgn menipu waktu pekse nnti.



untuk maklumat lanjut layari http://www.travian.co.il/

Wednesday, October 21


Tekan Run

Dah, gi blaja takde keje ke bkk blog ni, dah abes pekse nnti br bkk balek.

Wednesday, October 14

SEMUT



*gamba tu maybe x clear, so korang bole save n bace sendiri^_^
-admin, smiley=)-

Monday, October 12

sape plak ni???

salam,
ade sesape kat rumah, gema, gema!™
cume nak ckp la aku ni admin baru
bye

ape lg hah nk ckp,......hah! lagi satu bende nak ckp.......
Bye!


~~~untuk maklumat lanjut layari http://www.travian.com.my/~~~